Bisnes Jual Baju

Baju adalah merupakan satu keperluan kepada manusia. Ia dah masuk kategori keperluan, bukan kehendak. Tapi bila baju dah banyak satu almari, masih nak beli baju baru dengan alasan takde baju, tu dah masuk kategori kehendak plak.

Untuk yang berminat untuk membuat bisnes jual baju, berikut adalah rangka kerja yang anda perlu perhatikan.

Bisnes Jual Baju

1. Jenis baju yang hendak dijual

Terdapat banyak kategori baju ni, daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Setiap peringkat umur memerlukan jenis baju yang berbeza.

2. Baju baru atau terpakai

Bergantung kepada pasaran, terdapat pelanggan untuk kedua-dua jenis baru dan terpakai. Ada yang mementingkan baju baru walaupun tiada brand, ada pula yang tak kisah berbaju terpakai janji branded dan berkualiti. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bekalan baju bundle di Thailand, boleh rujuk ke Bundle Siam.

3. Kaedah jualan baju

Banyak kaedah jualan yang boleh kita guna pakai sama ada offline atau online. Sekiranya anda mempunyai kedai fizikal atau berkemampuan untuk menyewa, anda boleh melakukannya. Ia melibatkan sedikit kos, tetapi sekiranya anda ingin memulakan dengan kos yang rendah tetapi efektif, anda boleh menjualnya secara online seperti menjual di Lazada ataupun menjual di Shopee ataupun menjual di website sendiri.

Kesimpulannya, bisnes jual baju sangat menguntungkan sekiranya anda melakukan dengan cara yang betul dan pasaran yang anda sasarkan adalah tepat. Anda juga boleh mempelbagaikan kaedai jualan online dan offline bagi memaksimakan keuntungan dan menjual dengan lebih berkesan.

Leave a Comment

error: Content is protected !!