7 Idea Bisnes Untuk Pelajar Universiti

Idea bisnes untuk pelajar universiti.

Sebagai pelajar universiti, sudah tentu memerlukan sokongan kewangan yang cukup untuk menampung kos pembelajaran, makanan dan gaya hidup.

Untuk menjalankan bisnes di universiti perlu lah bersesuaian dengan persekitaran dan peraturan di Universiti.

Berikut adalah 7 idea bisnes untuk pelajar universiti yang anda boleh fikir-fikirkan:

1.Bisnes Topup – zaman sekarang ni semua memerlukan handphone, walaupun service topup sekarang menjadi semakin mudah untk dilakukan secara online, tapi masih ada yang memerlukan perkhidmatan manual ini, anda boleh sertai program agen topup yang banyak ditawarkan.

2. Bisnes Dropship – untuk memulakan bisnes dropship, anda perlu tentukan dimana anda nak jual barangan anda, platform seperti Facebook, Lazada dan Shopee. Bisnes dropship ni sesuai dibuat di universiti kerana tidak perlu komitmen untuk mengepos barang atau menyimpan stok. Sekiranya ada pelanggan, anda boleh order terus ke supplier anda dan mereka akan pos terus kepada pelanggan anda. Platform terbaik yang ada buat masa ini ialah menjual di Shopee atau Lazada.

3. Bisnes Affiliate – Afiiliate adalah satu program yang sangat mudah, anda tidak memerlukan sebarang modal untuk bermula. Namun sekiranya anda ingin mempromosi, di situ ada sedikit modal yang diperlukan. Bagaimana caranya? Anda perlu mendaftar sebagai agen affiliate, antara yang popular di Malaysia ialah Klikjer.com manakala untuk pasaran antarabangsa Clickbank.com. Setelah anda mendaftar, anda akan diberikan link khas untuk mempromosi sesuatu barang, sekiranya ada yang membeli melalui link anda, anda akan mendapat komisyen. Kadar komisyen agak tinggi, iaitu dari 50% hingga 60% untuk affiliate Klikjer, sekiranya harga produk berharga RM100, apabila ada pelanggan yang membeli dari link anda, secara automatik anda akan terima RM50. Untuk panduan percuma Buat Duit Dengan Klikjer ni boleh muat turun di Panduan Affiliate

Idea Bisnes Untuk Pelajar Universiti

4. Bisnes Pakaian – Sekiranya anda mempunyai pembekal yang boleh membekalkan barang-barang jualan khususnya pakaian, anda boleh terus memulakannya. Kebiasaannya kedai menawarkan harga borong, dimana anda boleh jual semula untuk mendapatkan untung. Jualan pakaian bundle juga menarik untuk kalangann pelajar lelaki kerana kos yang murah dan kualiti sesuai dengan gaya hidup sebagai pelajar universiti. Untuk info berkaitan cara mendapatkan barangan bundle daripada Thailand boleh refer ke Bundle Siam.

5. Bisnes Makanan – makan juga tak kurang penting untung pelajar universiti, memang ada cafe yang cukup disediakan, tetapi biasanya sebagai manusia kita cepat bosan dengan perkara yang sama. Sekiranya anda ada supplier yang boleh membekalkan bekalan makanan untuk dijual. Terdapat dua jenis makanan iaitu makanan ringan dan berat, makanan ringan adalah seperti kacang, gula-gula, kuih-kuih manakala makanan berat seperti nasi berlauk, nasi kerabu, nasi beriani dan lain-lain. Sekiranya anda berminat, boleh cuba untuk menjualnya di Universiti.

6. Bisnes Sewa Kereta – Bisnes ini memerlukan sedikit modal, sekurang-kurangnya duit deposit untuk membeli kereta, namun sekiranya anda telah mempunyai kereta, mungkin mak bapak belikan atau beli semasa kerja sambilan dulu, anda boleh memanfaatkannya untuk menjana pendapatan sampingan. Terdapat juga syarikat yang terima pajakan, dimana kita meletakkan kereta kepada syarikat itu untuk menguruskan penyewa kereta.

7. Bisnes Sewa Motor – Sama seperti bisnes kereta, bisnes ini memerlukan sedikit modal, namun modal tidak sebesar kereta. Motor adalah pengangkutan utama di univesiti. Anda boleh menyewakannya kepada pelajar-pelajar universiti. Sebelum memulakan bisnes sewa kereta dan motor, anda perlu mendalami lagi kaedah ilmu agama.

Kesimpulannya, terdapat banyak idea bisnes untuk pelajar universiti yang anda boleh praktikkan terus pada hari ini atau esok. Cuba untuk usahakan sesuatu untuk menambah pendapatan anda walaupun anda masih lagi belajar di Universiti.

Leave a Comment

error: Content is protected !!