Bisnes Online Malaysia

Sejauhmanakah kita boleh bergantung kepada bisnes online di Malaysia ni?

Di zaman covid dan norma baru ini, bisnes online menjadi pilihan utama berbanding perniagaan fizikal, pembeli tak perlu untuk berhubung terus secara fizikal dengan penjual, semua hanya melalui online sahaja. Ini dapat mengurangkan risiko jangkitan.

Mengikut statistik, jumlah penjual dan transaksi jualan bisnes online semakin meningkat selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan.

Dengan perintah ini, pergerakan pengguna menjadi terhad, ada kawasan yang tidak dibenarkan untuk rentas negeri dan ada kawasan yang tidak dibenar untuk merentas daerah.

Berbanding dengan jualan secara online, dimana sahaja, anda boleh jalankan bisnes online ni, walaupun di rumah, di pejabat, di kampung, di kebun dan lain-lain

Sekiranya anda gagal untuk menyerapkan elemen online dalam bisnes anda, bersedialah untuk kerugian dalam perniagaan.

Jadi anda perlu bersedia untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan selok belok bisnes online di zaman norma baru ini.

One thought on “Bisnes Online Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *