5 Angka Sebulan: Pilot Ini Menyesal Tidak Berhenti Kerja Lebih Awal

Musim Covid-19 ini sangat mencabar bagi mereka yang berkerja di dalam bidang pelancongan, pengangkutan dan perhotelan. Larangan pergerakan telah mengubah terus kehidupan manusia kepada norma baru yang tidak terfikir sebelum ini.

Bagi Jaafar bin Omar, yang telah menjadi pilot selama 13 tahun, norma baru ini telah menyebabkan kehidupannya berubah, segala kehidupan mewahnya sebelum ini seperti telah ditarik balik secara paksa. Beliau menjadi buntu dan hilang punca apabila Syarikat Penerbangan tempat dia bergantung harap memberhentikan dia dalam masa 30 hari tanpa sebarang pampasan.

Hidup mewah

Dengan gaji yang agak lumayan, dia telah berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedes dan sebuah rumah semi-d di ibu kota. Namun segalanya berubah apabila situasi darurat ini terjadi.

Hampir gila

Tempoh notis yang diberikan oleh majikannya hanya sebulan, jadi dalam masa sebulan itu, dia telah mencari peluang-peluang perkerjaan di tempat lain, malangnya tiada syarikat yang mahu mengambil dia bekerja, kebanyakan syarikat telah menghentikan pengambilan pekerja baru semenjak Covid-19 ini menular kerana masalah kewangan dan kawalan pergerakan. Dia hampir gila dan hari-hari menangis mengenangkan nasib malang yang menimpanya, mengenangkan kereta dan rumah mewahnya yang bakal ditarik atau disita oleh bank. Dia hanya bergantung harap kepada pendapatannya sebagai seorang pilot sahaja. Simpanannya memang tidak cukup.

Sinar Harapan

Beliau sedar harapannya untuk bekerja semula di syarikat tempat dia bekerja dan seumpamanya sangat tipis, Syarikat Penerbangan lain juga turut membuang pekerja secara besar-besaran. Covid-19 benar-benar mengubah segalanya.

Sedang dia melayari internet, tiba-tiba beliau terbaca mengenai posting usahawan internet John Jenin mengenai peluang perniagaan di internet melalui Shopee dan Lazada. Tanpa membuang masa, dia telah mendapatkan ebook Bisnes Shopee dan Bisnes Lazada tulisan John Jenin. Perkongsian di dalam ebook ini telah membuka mata beliau. Kini beliau telah nekad untuk meninggalkan terus kerjaya dalam bidang penerbangan untuk menceburi dalam bidang yang baru pula.

Bidang Baru

Dalam wawancara baru-baru ini, beliau mengatakan, “Saya tak sangka begitu mudah nak dapat pendapatan dari bisnes online ini, dengan panduan yang betul dapat mengurangkan masa pembelajaran saya, John Jenin telah menunjukkan cara yang mudah, hasil pengalaman bertahun-tahun beliau di dalam bidang ini, saya yang tiada pengalaman berniaga online sebelum ini pun boleh menjadi master dalam masa yang singkat”. Menceritakan pengalamannya, di dalam bulan kedua, jualannya telah mencecah 5 angka, sesuatu yang tidak pernah terbayang sebelum ini. Jika sebelum ini, dia banyak menghabiskan masa di atas awan, kini dia lebih tenang membuat kerja di rumah dan mengepos barang dari tempahan yang diterima setiap hari di Shopee dan Lazada.

Mendekati Surau

Jika sebelum ini, atas tuntutan kerjaya yang sentiasa padat, memang tiada masa untuk menjejakkan kaki ke surau, setelah menceburi bidang baru ini, masa yang terluang banyak dihabiskan di surau untuk berjemaah 5 waktu. Masa yang ada juga digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan penduduk setempat.

Kini lebih banyak masa berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga. melihat anak membesar di depan mata sangat membahagiakan. Beliau bersyukur kerana Allah telah menunjukkannya jalan untuk menghadapi zaman gelap.

Beliau menyarankan supaya sahabat-sahabat yang masih buntu untuk mendapatkan perkerjaan baru supaya memberikan peluang kedua kepada diri sendiri, terdapat banyak jalan rezki yang ada di dunia ini. Beliau berterima kasih kepada John Jenin kerana telah membuka mindanya untuk berjaya dalam bidang usahawan online ini.

Leave a Comment